cte ni dh lm aku bc.
sgt tharu n de rs sdey bl bc cte ni.
klau aa ade g laki cmni..emm..nak aje aku knalan ngan die..hehe
sbb die sgt2 baik,prihatin,rajin n rela bkorban tuk org yg tsyg.
miskin pn x pe janji die kaya kasih syg.
n bl baca ni dpt rase wlaupun ayah kita garang,tp sbenanye die syg kita.
jd,slmt mbaca.klau x ske ctenye sorry..hehe
BIAR SATU DUNIA TAHU SIAPA ADIK!!
Saya cuma ada seorang adik. Usianya 3 tahun lebih muda daripada saya. Suatu hari untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, saya mengambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu-pulang saja dari sekolah-ayah memanggil kami berdua. Dia meminta saya dan adik berdiri di tepi dinding. Saya menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Saya langsung tak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. "Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan," sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang saya.
Tiba-tiba adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata - "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Saya gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun air mata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut-"Kamu sudah mula belajar mencuri dari rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan saya tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, saya meraung sekuat hati, kesal dengan sikap saya yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulut saya dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu." Saya mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu menbela adik.
Tahun silih berganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan saya bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan saya ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat prauniversiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Saya terdengar ayah berkata- "Zah..kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi..apalah maknanya, bang...!" saya terdengar emak teresak-esak. "Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan emak. "Ayah..saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Pangggg..sebuah penampar singgah pada pipi adik. Seperti biasa yang mampu saya lakukan ialah menutup muka dan menangis. "Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," saya memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa menyangka, dinihari itu adik tiada di biliknya. Dia membawa bersama beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Dia atas pangkin tempat dia lelapkan mata terdapat sehelai kertas yang tercatat "Kak..untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apalagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Pada usia 21 tahun, saya menamatkan pengajian dengan cemerlang hasil titik peluh ayah dan kiriman wang adik yang bekerja sebagai buruh kontrak di Kuala Lumpur. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa- "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisik saya. "Siapa?". Tergesa-gesa saya keluar bilik. Dari jauh saya nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang." Sambil tersenyum dia menjawab- "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik akak?"
Jantung saya terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Saya cukup tersentuh. Tanpa sedar air jernih mengalir di pipi. Saya kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, saya bersuara- "Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambut saya sambil berkata- "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Saya kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Saya rangkul adik dan dadanya dibasahi air mata saya yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester saya pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Saya lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak..tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Saya menerpa biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" saya bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Takkk..kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi, saya menangis seperti selalu.
Saya berkahwin pada usia 27 tahun. Suami saya seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus pada adik. "Kalau adik terima jawatan tu,apa kata orang lain?" katanya. Adik tak ada pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." "Kenapa sebut kisah lama kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayang?" Spontan adik menjawab- "Selain emak, kakak saya.." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak saya ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya kepada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan melakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, saya meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. Kali ini saya hamburkan kasih sayang yang berselangselikan air mata untuk tatapan umum. Biar dunia tahu betapa kasihnya saya pada adik.-Munirah munir.
*Credit to Munirah munir dan Mastika
17 comments:
dalam mastika kan
iye. pnh bc gak eh?
noni koya....wat ar cite sdri bru best..
nnti kena saman beru tau...hehe ^____^""
emy=haha..wexx.=P
wat cte psl ko n amir bley?
ok...like2...wat r...lau xbest aku sepak ko...hahahaha...^_____________+
oo..nak sepak aku.
gtau amir kang.
aah...
heeee
hehe..best kan cte ni
ceh...noni bwak cik abe da...haha
noni:gtau je lah...cmpirm die sokong aku...xkn nk sokong ko lak..ko kn dh da cik abe...hehe
fidaus:oooo...dtg nk menolong ka???hahaha^__^
aiyarkk..haihh..bkn cik abe aku ok.
cik abe org lain.
haha.sengal.tp ri 2 ko kt nak sepak aku die mrh ko kan?haha
n aku x de cik abe ok.
lalalala..emy ngek
hahahaa
err..x mo komen yg 2.
tnggu emy dtg bls.
siap aa..
hehe
hahahaha..
bak datang
bak datang?
mksdnye?
gtau cpt.
xmo kaco daun r...nk blah dulu...heehe....
emy=gedik.
jgn nak wat2 blah.
Post a Comment